Total Pageviews

Monday, April 4, 2011

Sayang....
Hari ini hari terakhir kau mendengar gelak ketawa gurau senda dari ku, Insan yang kerap kali menganggu kesepian harimu, Aku, aku terpaksa melangkah pergi, Aku sendiri tiada arah tuju, tapi demi kebahagianmu tetapku cuba gagahi, Sepeninggalan daku, inilah dapat ku coretkan dari hari-hariku bersama mu sayang: Sampaikan kepada insan yang telah dapat menawan hatimu.... 

Kamera: Sewaktu kamu memegang kamera, jangan pula kamu rasa rimas sebab dia asyik nak bergambar, dah itu benda dia paling suka. Tapi jangan pula kamu terperanjat jika semua gambar tadi dia “deleted”. Jika itu berlaku mesti gambar yang kamu ambil itu tak cantik :)

Tika makan bersama: Jika waktu makan bersamanya, jika kerap kali dia bertanya tentang menu makanan atau minuman kamu, jangan la kamu menegurnya, tapi itu la cara dia meminta, beri a dia merasai. Jika kamu melihat minumannya masih banyak, tetapi dia mengambil gelas kamu, jangan pula kamu teperanjat. Sebenarnya dia hanya mengambil ais batu. Dia gemar mengunyah ais batu. Biarkan dia, dah itu kegemarannya :)

Belajar: Jika kamu bersama dia membaca atau ulangkaji pelajaran, jangan lupa sediakan gula-gula, tapi jangan pula gula-gula terlalu manis, Jika tidak, pabila dia mula bosan dia akan berhenti membaca dan mula melukis, tidak pun kamu akan diganggu. Jika sayangkannya, sediakan gula-gula, bukan mahal pun atau kamu lebih sanggup lihat masa ulangkajinya berkurang. 

Sikapnya: Jika sesekali dia menyebut “ hishh” “iskkk” jangan pula kamu terasa, dia tak bermaksud memarahi atau menyakiti hati kamu. Tapi itu la keistimewaan dia, dia tahu ambil perhatian kamu, kamu cuma perlu melayan kerenah dia. Selepas itu pasti kamu akan mendapat senyuman yang paling manis darinya. 

Bas: Akhir sekali, jika kamu menaiki bas kemana-mana bersamanya, pastikan dia tidur dengan posisi yang betul, kadang-kadang dia tertidur semasa kamu sedang berbual dengannya, pabila terjaga dia akan merungut lehernya sakit. Ribalah kepalanya dibahumu, biarlah dia dapat tidur dengan baik, dari kamu melihat dia kesakitan kemudiannya. 

No comments:

Post a Comment